Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

Kuala Lumpur, 30 Disember 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan mangsa banjir oleh Kerajaan United Arab Emirates (UAE) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Wisma Perwira ATM.

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Graduasi Kursus Ketahanan Nasional (KKN) KOHORT 2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Kajang, 28 Disember 2021- YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan bersama-sama sukarelawan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan dan KAKEP, telah membantu Food Bank Malaysia membungkus sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir seluruh negara di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Program Food Bank Malaysia.

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 41/2021 di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.