Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran Kerjaya Ekonomi Gig Untuk Veteran ATM yang bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan, Jalan Tekpi, Kuala Lumpur.

LUMUT, 7 Jan - Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) meneruskan kesinambungan latihan kesiagaan yang dilaksanakan secara berkala menerusi Latihan Perang Pangkor siri 1/22 yang telah direalisasikan di sekitar perairan Selat Melaka.

KOTA MARUDU, 10 Jan 22: Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) melalui pasukan 75 Batalion Kor Ordnans Diraja (75 KOD) terlibat secara langsung dalam membantu menghantar barang sumbangan “Keluarga Malaysia” daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 8 Jan 22 ke Kota Murudu dan Pitas.

GEMAS, 10 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda Zon Tengah tanah air pada 18 Disember 2021 yang lalu, turut memberikan kesan kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM) di sekitar Negeri Sembilan.

SENDAYAN, 7 Jan 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Sendayan.

SELANGOR, 7 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Program Cakna Veteran ATM di Klang, Selangor.