- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Akaun
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Perolehan
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
- Unit Integriti
- Jabatan Ketua Hakim Peguam
- Bahagian Undang-Undang
- Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Am (BADSA)
- Unit Komunikasi Strategik
- Bahagian Industri Pertahanan
- Institut Penyelidikan Sains & Teknologi (STRIDE)
- Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS)
- Jabatan Hal Ehwal Veteran
- Depot Simpanan Pertahanan
- Penguatkuasa Katalog ATM (MAFCA)
- Urusetia Majlis Angkatan Tentera (UMAT)
- MINDEF Sabah
- MINDEF Sarawak
-
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Bahagian Pembangunan berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan infrastruktur untuk ATM secara berkesan selaras dengan Dasar Pertahanan Negara. Bahagian ini juga turut menguruskan perolehan perunding dan bukan perunding (perkhidmatan memotong rumput, mencuci bangunan, bilik air dan tandas, housekeeping, kawalan serangga dan anai-anai) untuk kegunaan ATM dan awam.
FUNGSI
- Menyediakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Kementerian Pertahanan dan Agensi-agensi dibawahnya.
- Menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan (DE).
- Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek yang diluluskan supaya selaras dengan skop serta mengikut jadual.
-
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) merupakan satu bahagian yang menyediakan perkhidmatan dalam aspek pembangunan organisasi, pengurusan kakitangan dan pembangunan sumber manusia.
FUNGSI
- Memastikan keperluan perjawatan ATM dan awam serta merancang tugas naziran dan menentukan analisa keperluan jawatan Kementerian Pertahanan.
- Menentukan keperluan ATM ke atas syarat-syarat, dasar dan peraturan meliputi aspek gaji, elaun, kemudahan pencen, faedah-faedah lain, skim, pengajian tinggi dan Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara (TAPPN).
- Merancang dan menentukan latihan kakitangan awam serta menentukan urusan kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
-
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di Kementerian Pertahanan dan mengandungi cawangan-cawangan seperti berikut:
- Cawangan Logistik
- Cawangan Belanjawan dan Kewangan
- Cawangan Pengurusan Aset
- Cawangan Penyelenggaraan Bangunan
- Seksyen Pengurusan Rekod
BKP diterajui oleh Setiausaha Bahagian dan dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Setiausaha, seorang Jurutera Kanan dan seorang Pegawai Arkib.
FUNGSI
Bertanggungjawab dalam menyediakan khidmat sokongan dari segi pentadbiran am, penyelenggaraan, hal ehwal keselamatan, logistik, kewangan, pengurusan aset dan perkhidmatan kepada anggota pentadbiran, pengurusan atasan dan bahagian-bahagian di MinDef dengan cepat, cekap dan efisien.
-
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pertahanan (BPM) telah diwujudkan pada tahun 1976 dan dikenali sebagai Bahagian Prosesan Data Elektronik (BPDE). Sepanjang BPM ditubuhkan, organisasi ini telah mengalami dua perubahan nama dan peranan. Perubahan pertama pada tahun 1993 dengan penyusunan semula perjawatan, peranan dan tanggung jawab BPDE kepada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Bermula 15 Ogos 2008, BTM bertukar imej kepada Bahagian Pengurusan Maklumat.
FUNGSI
Cawangan Pengurusan Operasi ICT- Perkhidmatan Pusat Data, Rangkaian dan E-mel
- Pengurusan Keselamatan ICT
- Pengurusan Aset ICT dan Khidmat Teknikal
Cawangan Pengurusan Sistem Maklumat- Pembangunan Aplikasi dan Portal
- Pembudayaan dan Pelaksanaan Inisiatif Digital
- Pengurusan Khidmat Nasihat Pembangunan Aplikasi
Cawangan Pengurusan Strategik ICT- Perancangan Strategik dan Inisiatif Digital
- Keurusetiaan dan Kompetensi ICT
- Pematuhan Audit dan Kawalan Kualiti
- Pengurusan Kewangan, Bajet dan Pentadbiran
-
BAHAGIAN AKAUN
Bahagian Akaun telah ditubuhkan pada 1 Julai 2006 untuk menjalankan fungsi Pejabat Perakaunan berasaskan perakaunan tunai ubah suai sebagaimana yang telah digariskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
FUNGSI
- Memastikan maklumat perakaunan Kementerian disedia dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
- Menyediakan maklumat dan laporan perakaunan kepada pengurusan atasan sebagai makluman, rujukan dan sokongan dalam membuat keputusan yang berkaitan.
- Memberi khidmat nasihat kepada pengguna mengenai pengurusan dan sistem perakaunan dan kewangan.
- Memantau dan mengawasi pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian bagi mengelakkan kehilangan akibat penipuan atau kecuaian.
- Menguruskan hal ehwal berkaitan utiliti elektrik dan air di sel-sel berek.
-
BAHAGIAN KEWANGAN
Kementerian Pertahanan (MinDef) melalui pelbagai inisiatif Bahagian Kewangan sepanjang tahun 2018 berjaya mengekalkan prestasi perbelanjaan mengurus yang cemerlang di samping mengambil langkah penjimatan sejajar dengan aspirasi kerajaan mengikut konsep value for money. Usaha penambahbaikan secara berterusan telah berjaya meningkatkan mutu kerja dan mengekalkan prestasi 100% MinDef.
FUNGSI
- Merancang, melaksanakan dasar-dasar pengurusan belanjawan, mengkaji, menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus, memantau serta mengawal peruntukan dan prestasi perbelanjaan mengurus.
- Memproses dan meluluskan permohonan elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan, kelulusan kewangan menghadiri kursus/ latihan / eksesais/ seminar dalam dan luar negara.
- Menjalankan naziran ke atas PTJ di bawah MinDef bagi memastikan peraturan kewangan yang berkuat kuasa dipatuhi.
-
BAHAGIAN PEROLEHAN
Bahagian Perolehan bertanggungjawab mengurus perolehan peralatan, kelengkapan dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan. Bagi tujuan tersebut, Bahagian Perolehan bertanggungjawab memastikan setiap perolehan, sama ada secara sebut harga, tender dan rundingan terus, hendaklah:
- Mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia;
- Memenuhi keperluan yang telah ditetapkan;
- Menjaga kerahsiaan bagi perolehan bersifat rahsia dan sensitif;
- Dilakukan secara telus; dan
- Mematuhi prinsip Best Value for Money.
FUNGSI
Bahagian Perolehan terdiri daripada dua (2) sektor utama, setiap satunya mempunyai empat (4) unit berasingan, dan satu (1) cawangan teknikal. Fungsi-fungsi setiap unit / cawangan di Bahagian Perolehan adalah seperti berikut :- Unit Perolehan 1: Melaksanakan perolehan senjata, peluru, kenderaan, stor teknikal dan peralatan-peralatan tentera darat.
- Unit Perolehan 2: Melaksanakan perolehan kapal, alat ganti dan penyelenggaraan kapal serta peralatan berkaitan dengan tentera laut.
- Unit Perolehan 3: Melaksanakan perolehan kapal terbang, alat ganti dan penyelenggaraan kapal terbang serta peralatan berkaitan dengan tentera udara.
- Unit Perolehan 4: Melaksanakan perolehan rangsum pukal, ubat-ubatan, peralatan perubatan, pakaian dan aksesori.
- Unit Perolehan 5: Melaksanakan perolehan berkaitan peralatan komunikasi, ICT, sistem komputer, peralatan pejabat, mesin workshop, barangan besi/bukan besi, bahan percetakan, perabot dan peralatan berek.
- Unit Perolehan 6: Melaksanakan perolehan berkaitan perkhidmatan dan penyewaan.
- Unit Perolehan 7: Melaksanakan penyelidikan dasar perolehan serta tugas selaku urusetia mesyuarat lembaga tender dan sebutharga.
- Unit Perolehan 8: Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian Perolehan.
- Cawangan Teknik dan Pemeriksaan (CT&P): Melaksanakan pemeriksaan teknikal dan kualiti barang yang telah dibuat perolehan.
-
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK (BDPS)
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) merupakan satu bahagian yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar di Kementerian Pertahanan. Bahagian ini terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Dasar dan Hubungan Antarabangsa dan Cawangan Perancangan Strategik.
FUNGSI
- Mengurus hal ehwal antarabangsa seperti kerjasama Pertahanan.
- Mengendalikan isu-isu keselamatan, organisasi antarabangsa / tempatan serta meneraju Dasar Pertahanan Negara (DPN).
- Merancang, menggubal, menyelaras serta memantau pelaksanaan dasar-dasar strategik sejajar dengan matlamat dan sasaran kementerian.
- Mengendali program-program inovasi, kualiti, urus setia Parlimen, urus setia Kabinet, dan urus setia Mesyuarat Peringkat Tertinggi di Kementerian Pertahanan.
-
UNIT INTEGRITI
Unit Integriti ditubuhkan di Kementerian Pertahanan sebagai salah satu usaha kawalan dalaman serta bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu berkaitan integriti. Unit Integriti juga berperanan untuk memantapkan integriti di kalangan penjawat awam bagi menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang cemerlang.
FUNGSI
- Tadbir Urus - Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
- Pengukuhan Integriti - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Jabatan.
- Pengesanan dan Pengesahan - Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
- Pengurusan Aduan - Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika Jabatan.
- Pematuhan - Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Tatatertib - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
-
JABATAN KETUA HAKIM PEGUAM
Jabatan Ketua Hakim Peguam adalah salah satu bahagian yang diletakkan di bawah pentadbiran Ketua Setiausaha. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Hakim Peguam dan dibantu oleh seorang Hakim Peguam serta tiga orang kakitangan sokongan.
FUNGSI
- Menasihati Majlis Angkatan Tentera, pegawai pengesah dan pihak berkuasa ulang kaji tentang kesahan dapatan dan hukuman Mahkamah Tentera.
- Menasihatkan Majlis Angkatan Tentera dan pegawai Angkatan Tentera mengenai apa-apa perkara lain yang dirujukkan kepadanya dari semasa ke semasa.
- Melantik orang yang mempunyai pengalaman undang-undang untuk bertindak sebagai Hakim Peguam dalam Mahkamah Tentera.
- Sebagai Hakim Peguam dalam memastikan Mahkamah Tentera mendapat nasihat perundangan yang tepat berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
-
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
Bahagian Undang-Undang terdiri daripada tujuh (7) perjawatan pegawai undang-undang dengan tiga belas (13) perjawatan kakitangan sokongan yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Gred L54. Bahagian ini memberikan perkhidmatan perundangan yang berkualiti, tepat dan profesional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
FUNGSI
- Bahagian Undang-Undang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara perundangan yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.
- Memberikan nasihat perundangan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menjalankan fungsi atau peranan Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan;
- Antara skop utama perkhidmatan perundangan yang diberikan ialah:
- Perkara-perkara nasihat
Meliputi penyediaan pandangan undang-undang, nasihat perundangan, penyediaan dan semakan dokumen perjanjian atau memorandum persefahaman dan lain-lain instrumen perundangan. - Perkara-perkara gubalan
Meliputi penggubalan dan semakan dokumen-dokumen perundangan serta membuat pindaan terhadap:
i) Perundangan utama;
ii) Perundangan subsidiari; dan
iii) Lain-lain instrumen perundangan yang diwartakan atau Pemberitahuan Umum. - Guaman sivil
Meliputi tindakan-tindakan guaman dalam mewakili Kerajaan Malaysia dalam apa-apa kausa tindakan oleh dan bagi pihak Kerajaan atau terhadap Kerajaan. - Memberi ulasan kepada Kertas Lembaga Menteri.
-
BAHAGIAN AUDIT DALAM DAN SIASATAN AM
Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) telah diwujudkan pada tahun 1962 melalui Mesyuarat ke-59 Majlis Angkatan Tentera (MAT). Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1979 mengarahkan agar Unit Audit Dalam diwujudkan di setiap kementerian/jabatan secara rasmi dengan skop dan tanggungjawab yang lebih jelas.
FUNGSI
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian Pertahanan Malaysia serta jabatan dan agensi di bawahnya.
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
- Mengkaji aktiviti organisasi supaya dapat diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan.
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
- Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
- Menjalankan fungsi audit di Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998.
- Melaporkan semua penemuan audit kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan mengambil tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
- Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian.
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian.
- Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian.
- Membantu pihak pengurusan menentukan semua program dan aktiviti Kementerian Pertahanan dan agensi di bawahnya dilaksanakan dengan berhemah, cekap dan berkesan (value for money).
-
UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK
Unit Komunikasi Strategik bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan pelan media, publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar dan aktiviti majlis rasmi Kementerian. Meningkatkan imej Kementerian Pertahanan melalui pelbagai medium komunikasi seperti bahan penerbitan rasmi, video, fotografi, elemen promosi dan publisiti serta pengurusan khidmat pelanggan dan aduan yang profesional.
FUNGSI
- Menjaga dan merancang perhubungan awam termasuk penjenamaan (branding) imej MinDef.
- Penasihat media, strategi komunikasi dan pengurusan krisis.
- Mengkoordinasi segala aspek berkaitan promosi MinDef.
- Memastikan liputan mengenai Kementerian dan ATM disebarkan melalui media sosial rasmi Kementerian.
- Memastikan liputan bergambar diarkibkan untuk tujuan rujukan.
- Menguruskan aduan terhadap MinDef dan menyelia kaunter balai pegawal.
- Menyelaras penerbitan berkala MinDef.
-
BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN
Sektor industri pertahanan merupakan salah satu komponen di bawah industri strategik yang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi sesebuah negara, mengambil kira skopnya yang amat luas meliputi bidang aeroangkasa, maritim, persenjataan, automotif, dan barangan gunasama ketenteraan.
FUNGSI
- Mengurus dan melaksanakan keurusetiaan induk bagi dua pameran pertahanan antarabangsa iaitu Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) dan Defence Services Asia (DSA).
- Mengurus dan memantau dasar dan hala tuju industri pertahanan negara, program pembangunan industri pertahanan menerusi khidmat nasihat kepada stakeholders di dalam dan luar negara mengenai industri pertahanan tempatan.
- Pemudah cara bagi kontrak penswastaan dan memantau program/aktiviti penswastaan dan badan berkanun Kementerian Pertahanan.
- Keurusetiaan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES).
- Merancang, menentu dan memantau pelaksanaan Program Offset dan Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) melalui Industry Collaboration Programme (ICP) MinDef bersama Kementerian Kewangan bagi program Darat, Laut, Udara dan Markas ATM.
- Merancang dan mengendalikan program dua hala industri pertahanan di peringkat antarabangsa (bilateral & multilateral).
- Memantau aktiviti ke arah memperkasa ekonomi Bumiputera di peringkat Kementerian Pertahanan.
-
INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE)
Ditubuhkan pada tahun 1968, STRIDE menjalankan aktiviti utama di Kompleks Induk, Kajang, Selangor dan di dua lokasi lain iaitu Batu Arang, Selangor dan Lumut, Perak. Sebagai sebuah Pusat Penyelidikan yang berteraskan Teknologi Pertahanan, STRIDE mempunyai dua elemen penting yang diberi perhatian iaitu tenaga pakar dan juga kemudahan makmal yang dimiliki. STRIDE memiliki makmal-makmal yang diiktiraf dalam sistem akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025:2005. Gabungan dua elemen ini iaitu kepakaran teknikal dan kemudahan peralatan pengujian yang canggih telah membuka ruang dan peluang kepada STRIDE untuk menjalin kerjasama dengan agensi tempatan dan luar negara. STRIDE sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan pihak luar sama ada pihak industri atau agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Institusi Pendidikan Tinggi dan Institusi Penyelidikan Awam untuk bersama-sama melaksanakan penyelidikan yang berimpak tinggi dan inovasi yang berprestij dalam bidang Teknologi Pertahanan serta lain-lain kepakaran yang bersesuaian dengan sektor pertahanan dan keselamatan.
FUNGSI
- Melaksanakan program-program penyelidikan dan pembangunan.
- Memberikan sokongan khidmat teknikal serta khidmat nasihat pakar/konsultansi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan industri pertahanan tempatan.
-
INSTITUT PERTAHANAN DAN KESELAMATAN MALAYSIA (MiDAS)
Persekitaran keselamatan yang rumit dengan pelbagai isu dalaman dan luaran memerlukan Kementerian untuk memiliki institusi profesional yang boleh menjana perkongsian pengetahuan berdasarkan penyelidikan analitik dan kajian mengenai isu pertahanan dan keselamatan. Oleh itu, satu Bengkel Percambahan Fikiran Kementerian Pertahanan pada 7 Julai 2009 memutuskan keperluan Kementerian untuk menubuhkan institut profesional yang dinamakan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).
Penubuhan MiDAS diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Disember 2010 dan mendapat kelulusan perjawatan dari Jabatan Perkhidmatan Awam pada 20 November 2012.
MiDAS ditubuhkan dengan dua pusat utama iaitu Comprehensive Defence and Security Research Centre (CDSRC) dan MiDAS Blue Ocean Strategy Centre (MBOS) yang kini dikenali sebagai Strategy and Civil Affairs Centre (SCAC) serta satu jabatan iaitu Administration and Development Department (A&DD).
MiDAS berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk penyelidikan dan perkongsian pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan pertahanan dan keselamatan.
FUNGSI
- Mengendalikan penyelidikan dan analisis mengenai dasar yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan.
- Menjana pemikiran, perdebatan dan perkongsian pengetahuan melalui seminar pertahanan dan keselamatan sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa dan dialog mengenai isu Pertahanan dan keselamatan.
- Menyebarkan penemuan penyelidikan melalui The Journal of Defence and Security, majalah, monograf dan seminar.
- Mengumpul dan mengkaji penyelidikan daripada institusi penyelidikan yang lain dan pusat-pusat pengajian tinggi secara holistik melalui rangkaian dengan institusi tersebut.
- Membangunkan pusat sumber untuk ATM dan MinDef.
- Merintis bidang-bidang kajian baru dengan kerjasama institusi kajian lain di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Menyelaras pelaksanaan konsep Kolaborasi Strategik di MinDef dan ATM.
-
JABATAN HAL EHWAL VETERAN
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000 sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan anggota ATM. Objektif utama JHEV ATM adalah untuk membantu para veteran ATM dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.
FUNGSI
- Membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara dan masyarakat.
- Menguruskan faedah-faedah persaraan kepada anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Mewujudkan komuniti Veteran yang sejahtera dan cintakan negara.
- Memberi khidmat One Stop Centre yang cekap dan profesional kepada Veteran ATM.
- Menggubal dasar hal-hal berkaitan Veteran ATM.
- Mengurus dan memantau pembayaran pencen serta kemudahan rawatan perubatan Veteran ATM dan tanggungan yang layak.
- Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV.
-
DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN
Depot Simpanan Pertahanan (DSP) ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 di mana pihak ATM menyedari betapa perlunya stok simpanan kenderaan dan peralatan sekiranya berlaku darurat. Sehubungan dengan itu pada tahun 1971, Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi pembinaan bangunan DSP dan RM130 juta untuk membuat perolehan “Mobilisasi & Emergency Reserve Stocks”. Pada 27 Mac 1975, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-162 telah bersetuju supaya DSP diletakkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Pada Jun 1977, Jawatankuasa Tertinggi Angkatan Tentera telah menetapkan supaya DSP hendaklah menyimpan Stok Simpanan Darurat bagi melengkapi kekuatan dua Kumpulan Briged seramai 6,000 anggota tentera darat.
FUNGSI
- Penyimpanan dan Penyelenggaraan Stok Simpanan Pertahanan (SSP).
- Penyimpanan dan Penyelenggaraan Stok Bantuan Kemanusiaan (SBK).
- Penubuhan dan Pengoperasian Depot Tindakbalas Kemanusiaan Negara (DTBKN).
- Penggunaan ruang penyimpanan oleh agensi lain seperti United Nation Humanitarian Response Depot (UNHRD), Bahagian Akaun, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
-
-
SEJARAH
Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali sebagai MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang telah ditubuhkan oleh ATM pada 7 April 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan (PMAT) bilangan 9 tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Februari 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. Mulai tarikh 1 Feb 2005 MAFCA telah diletakkan di bawah Sektor Pembangunan, Kementerian Pertahanan (MinDef).
MAFCA terdiri daripada 5 Bahagian seperti berikut:
- Bahagian Perkhidmatan
- Bahagian Rancang, Projek & Latih
- Bahagian Operasi
- Bahagian Teknikal
- Bahagian Teknologi Maklumat
MAFCA mula beroperasi pada pertengahan Jun 1981 di Setapak, Kuala Lumpur yang kemudiannya berpindah ke bangunan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), MinDef dan kini di Bangunan MinDef 2.
-
OBJEKTIF
Objektif utama MAFCA adalah mewujudkan dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama (common supply language) berlandaskan Sistem Kodifikasi NATO dikalangan pengguna sistem ini di dalam Negara Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini. Sejak awal penubuhannya lagi fungsi dan tanggungjawab MAFCA telah berubah dari semasa ke semasa terutamanya di abad ke 21 ini. Bermula pada tahun 2006 sebagai Biro Kodifikasi Nasional (National Codification Bureau (NCB)), MAFCA telah diperluaskan fungsi dan tanggungjawabnya melibatkan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang lain.
Berikut adalah agensi-agensi di bawah tanggungjawab MAFCA:
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Pelajaran
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pertanian
- Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
- Jabatan Pengairan dan Saliran
Dengan cara ini dapat membentuk dan menyelaraskan bahasa perbekalan bersama di dalam Sistem Kodifikasi Nasional (SKN). Pengguna bagi sistem katalog ini merupakan elemen yang terpenting di dalam setiap operasi perbekalan peralatan. Sistem katalog dan kodifikasi tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kewujudan pengguna. Kategori pengguna katalog ini sifatnya meluas, dimana tidak tertumpu kepada sesuatu pengguna kepada pengguna yang lain sahaja.
-
PERANAN & FUNGSI
- Pengurusan, pembangunan dan penyeragaman sistem kodifikasi nasional
- Merancang, memantau serta menyelenggara sistem kodifikasi NATO
- Mengkoordinasikan pertukaran data-data katalog dengan negara peserta sistem kodifikasi NATO
- Mengawal selia pendaftaran NATO Commercial and Government Entity (NCAGE) kepada pembekal dan pengilang tempatan
- Membangunkan serta melaksanakan program latihan berasaskan sistem kodifikasi NATO
HALA TAJU
- PENERANGAN berterusan kebaikan dan faedah penggunaan elektronik sistem kodifikasi nasional (eSKN) kepada agensi-agensi dalam dan luar ATM
- PERINGKAT antarabangsa memberikan kepakaran dan khidmat nasihat mengenai penggunaan dan pelaksanaan National Codification System (NCS) kepada negara-negara jiran yang memerlukan bantuan.
- PEMBENTUKAN Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) untuk pengurusan perolehan aset kerajaan sebagai format data yang standard.
- SEBAGAI pusat/agensi unggul dan tunggal di Malaysia untuk khidmat kodifikasi dan kataloging ke arah pencapaian negara Tier 2.
-
Kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara untuk menguruskan aset-aset yang melibatkan pembelian kelengkapan ketenteraan, domestik dan sebagainya untuk keperluan logistik di perkhidmatan masing-masing. Pengurusan katalog juga telah menjadi satu fungsi yang amat mustahak bagi pengurusan logistik dan perlu diberi perhatian. Kini ianya telah menjadi nadi utama untuk penyediaan maklumat dan data logistik di dalam ATM.
SEL KATALOG PERKHIDMATAN
Ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara, masing-masing mempunyai Sel Katalog sendiri untuk mengimplementasikan sistem katalog ATM di setiap perkhidmatan. Penubuhan sel ini adalah di bawah tanggungjawab perkhidmatan masing-masing melibatkan perjawatan keanggotaan dan pentadbiran. Sel Katalog Perkhidmatan berkenaan memainkan peranan yang tinggi untuk menguruskan katalog untuk asset-aset yang telah dibuat pembelian oleh perkhidmatan masing-masing.
Lokasi bagi ketiga-tiga Sel Katalog ini adalah seperti berikut:
- Tentera Darat – 91 Depot Pusat Ordnans, Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.
- TLDM – Depot Bekalan Armada, Pangkalan TLDM Lumut.
- TUDM – Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Sistem yang digunapakai oleh ketiga-tiga perkhidmatan tersebut adalah berlainan dan tersendiri yang tidak seragam. Antara sistem-sistem yang digunakan oleh perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Tentera Darat – Computerised Ordnance Depot Inventory Management System (CODIMS)
- Tentera Laut – Sistem Pengurusan Inventori Armada (SPIA)
- Tentera Udara – Sistem Pengurusan Komputer Bersepadu (SPKB)
Untuk mencapai matlamat NSN, setiap perkhidmatan perlu mengamalkan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh NCS. MAFCA ditubuhkan bagi mengatasi masalah tersebut dengan objektifnya adalah memastikan:
SATU BARANG BEKALAN – SATU NOMBOR PENGENALAN
SATU NOMBOR PERKHIDMATAN – SATU BARANGPERANAN
Ketiga-tiga sel katalog perkhidmatan telah dipertanggungjawab untuk memainkan peranan penting sebagai pentadbir bagi membantu unit di bawah pentadbiran masing-masing. Antara peranan Sel Katalog Perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Mengamalkan sistem katalog mengikut kaedah yang ditetapkan oleh NCS. Setiap pembelian barangan alat ganti dan sebagainya, Sel Katalog Perkhidmatan perlu memastikan alatan tersebut hendaklah diberu NSB dan dimasukkan di dalam sistem bagi memudahkan pencarian dan dapat di kawalselia oleh unit masing-masing.
- Mengekalkan sumber-sumber rujukan. Sel –Sel Katalog Perkhidmatan adalah pusat rujukan oleh unit-unit di bawah perkhidmatan masing-masing. Sel Katalog Perkhidmatan pula menjadikan MAFCA sebagai tempat rujukan untuk memenuhi maklumat berkenaan katalog dan NSN.
- Menjadi agensi penghubung antara Sel Katalog Perkhidmatan dengan MAFCA bagi segala urusan berkaitan dengan katalog.
-
KEPENTINGAN KATALOG DI DALAM ATM
- Keseragaman
Sebelum ini, di dalam ATM kebanyakan peralatan yang sama telah diberikan pelbagai nombor pengenalan dan nombor rujukan berdasarkan katalog yang dikeluarkan oleh pengilang dan pembekal. Namun, dengan adanya sistem kodifikasi yang menggunakan bahasa perbekalan bersama, ianya akan membantu menyeragamkan barang yang sama dengan satu nombor yang sama. Ini akan memudahkan alat perbekalan terutamanya berkaitan pengurusan logistik pertahanan diseragamkan.Sistem ini juga merupakan satu sistem pengumpulan maklumat dan memberi perkhidmatan bagi sesuatu materiel. Misi, objektif dan tujuannya adalah untuk mendapat, mengesah, merekod dan menyediakan kepada pihak pengurusan tertinggi yang jarang diperolehi atau sedia ada. - Sumber Maklumat
MAFCA kini telah menjadi negara bertaraf TIER 2 dalam sistem kodifikasi ini, justeru, ATM secara tidak langsung telah menikmati kepentingan ini apabila usaha pihak MAFCA telah berhasil menaik taraf dari TIER 1 kepada TIER 2 pada 1 Dis 2010. Ini kerana apabila negara Malaysia telah berjaya mencapai taraf TIER 2, ini akan membolehkan kita mempunyai semua kelebihan dan kebenaran-kebenaran seperti yang dikecapi oleh negara pakatan NATO. Antaranya adalah, memperolehi sumber maklumat keupayaan teknikal, kod-kod pembekal dan pengilang malahan dengan tercapainya penyertaan Malaysia kepada TIER 2 akan membolehkan ATM menjadi sebahagian daripadanya yang mempunyai data NSNnya sendiri dan boleh dimuat naik ke dalam NMCRL. - Memudahkan Komunikasi
NCS telah mewujudkan satu bahasa yang seragam yang digunapakai oleh negara-negara NATO dan juga negara yang menyertai sistem ini. Jika sistem ini menggunakan satu bahasa yang berlainan, maka tidak wajar dan tidak sesuai kerana negara yang menyertai sistem ini terdiri daripada berbilang bahasa. Penggunaan bahasa yang sama akan memudahkan dialog teknikal di antara satu pihak dengan pihak yang lain termasuk ATM. - Kawalan Stok
Pengurusan stok adalah proses merancang, melaksanakan dan mengawal pengstoran dan pergerakan barang-barang, perkhidmatan serta maklumat dari tempat asalnya hingga ke tempat digunakan dengan efisien dan efektif bagi memenuhi keperluan pelanggan. Antara faedah-faedah yang diperolehi daripada sistem ini dalam aspek pengstoran adalah dari segi pengurusan data rekod, data stor di mana barang-barang atau alatan akan dikodifikasikan. Selain itu, katalog juga berupaya memberi maklumat stok dengan tepat dan cepat bagi memastikan perancangan, operasi dan kawalan ke atas aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.
Dalam pada itu juga, pengurusan aktiviti stor akan menjadi lebih telus dengan pelaksanaan katalog dan kodifikasi di mana penggunaannya akan membolehkan barang-barang atau alatan yang telah mempunyai nombor bahagian sama ada MSN atau NSN adalah tepat seperti spesifikasi bentuk fizikal barang-barang atau alatan berkenaan. Proses permohonan, pengeluaran dan penerimaan barang atau alatan lebih efisien kerana permohonan daripada pengguna dapat diproses dengan lebih cepat, pengeluaran barang dicatat dalam lejar barang dan kad kawalan stok. Ianya juga akan memastikan proses penerimaan barang yang menepati spesifikasi yang ditetapkan dan dikehendaki oleh pengguna. - Mengurangkan Kos Perbelanjaan Perolehan
ATM melalui Kementerian Pertahanan merupakan satu kementerian yang paling banyak membuat perolehan dan menerima pelbagai sistem persenjataan dan peralatan untuk negara melalui perjanjian kontrak melibatkan pembekal tempatan ataupun pembekal luar negara.
Kebanyakan kontrak perolehan bukan sahaja untuk tujuan pembelian satu sistem utama tetapi ianya juga melibatkan pembelian peralatan tambahan dan alat ganti sokongan bagi sistem berkenaan. Oleh yang demikian, strategi bagi memastikan supaya semua perolehan dan pembelian sistem persenjataan dan pertahanan ataupun perkhidmatan mendapat bantuan dan sokongan yang berterusan di sepanjang tempoh hayat penggunaannya di dalam ATM. Dengan itu adalah wajar sistem utama berkenaan bersama-sama dengan pakej peralatan tambahan dan alat gantinya dikodifikasikan sebelaum diterima masuk ke dalam sistem inbentori ATM. Proses mengkatalog dan mengkodifikasi boleh melibatkan kos yang tinggi dan perhatian hendaklah diambil supaya hanya peralatan komponen dan alat ganti yang bakal dibeli sama ada sebagai end terms atau alatan inbentori untuk simpanan stok melalui proses ini. - Mengelak Pembaziran
Perbelanjaan perlu di uruskan dengan baik supaya pembelian barangan boleh dibuat penjimatan. Ianya dibuat bagi mengelakkan barang yang dibuat pembelian tidak sama dengan barang yang dibuat penghantaran dan harga barangan yang dibuat pembelian mahal disebabkan tiada pilihan untuk dibuat rujukan. - Menggunakan Teknologi (ICT) Dengan Lebih Optima
NCS kini ke arah menjadikannya sebagai satu standard sejagat untuk kodifikasi seperti yang dilihat melalui perkembangan dan peningkatan bilangan negara-negara seluruh dunia yang menyertai NCS setiap tahun. Dengan ciri-cirinya yang anjal dan dinamik, NCS dapat berkembang pesat hampir selaras dengan teknologi dan kehendak pengurusan semasa.
Melalui NCS, satu pusat laluan telah diwujudkan iaitu NATO Mailbox System (NMBS) bagi proses transaksi pelbagai data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan. Sistem ini juga dikenali sebagai NATO Data Exchange (NADEX) yang berfungsi secara langsung antara negara-negara pengguna melalui Biro Kodifikasi Nasional (BKN). Melalui pusat perhubungan ini, ATM dapat berkongsi untuk pertukaran data dengan lebih optima dan pada masa yang sama dapat mengurangkan menipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan.
- Keseragaman
-
PENGENALAN
Federal Stock Number (FSN) adalah kod angka 11 digit. Ia mula-mula digunakan oleh Agensi Pengkatalogan Dewan Perisikan Pertahanan pada tahun 1949 untuk mengenal pasti item dalam Sistem Katalog Angkatan Tentera Bersama. Pada 7 Julai 1952 Undang-undang Awam 82-436 (Akta Pengkatalogan dan Standardisasi) telah diluluskan oleh sesi kedua Kongres ke-82. Ia membenarkan FSN menggantikan Ammunition Identification Code (AIC) dan Ordnance Stock Number (OSN). FSN digunakan secara rasmi dari 1953 hingga 1974, apabila ia digantikan oleh NSN. Penukaran dari FSN ke NSN lazimnya dilakukan dengan menambah "00" di antara set nombor pertama (Federal Supply Class atau FSC) dan set kedua nombor.
FSN -----> NSN 6625-410-0214 -----> 6625 -00 - 410- 0214 3139-121-6210 -----> 3139 - 00 - 121 - 6210 NSN terdiri daripada 13 digit yang mana 4 digit awal mewakili NATO Supply Classification Code 4 digit pertama adalah NATO Supply Classification Code (NSC atau FSC) dan saling berhubung kait dengan pengenalan barang dari kelas dan kumpulan yang sama. Manakala 2 digit berikutnya adalah mewakili kod Negara NCB yang mengkodifikasikan alatan berkenaan (Rujuk Appendik A) dan 7 digit seterusnya tidak memberi sebarang makna tetapi diberi dan dikawal selia oleh NCB itu sendiri. Secara ringkasnya:
- 4 digit awal dipanggil kod FSC, yang mana menentukan pertalian kepada dan perbezaan antara barang perbekalan yang lain.
- Baki 9 digit seterusnya di panggil NIIN, yang menetapkan pengenalan sesuatu barang perbekalan sama seperti no tentera di dalam ATM yang di khaskan untuk mewakili seorang anggota tentera di dalam ATM.
STRUKTUR NSN
Struktur NSN adalah seperti berikut.
- Federal Supplu Classification Group (FSCG)
- NATO Item Identification Nmber (NIIN)
- Federal supply Group (FSG)
- Federal Supply Class (FSC)
- NATO Codification Bereau (NCB)
- Item Identification Number (IIN)
- Nato Stock Number (NSN)
KEBAIKAN NSN
Penggunaan NSN mempunyai kebaikan-kebaikan berikut:
- Keupayaan Penyesuaian (Adaptibility) – Dapat memenuhi pelbagai kehendak logistik daripada peringkat rekabentuk dan pembangunan sehingga pelupusan.
- Kesesuaian (Compatibility) – NSN dapat digunakan di dalam pelbagai sistem manual dan automatik.
- Mengembang (Expandibility) – NSN dapat digunakan sehingga 99 buah negara (Kod-kod NCB), Perangkaan sehingga 9,999,999 NSN boleh diberikan untuk setiap kod NCB.
- Memudahkan (Simplicity) – NSN boleh diguna tanpa modifikasi ke atas sistem pengenalan barang. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk diselenggarakan.
- Kestabilan (Stability) – Segmen NIIN tetap bersama dengan setiap satu IOS di sepanjang kewujudannya walaupun berlaku pertukaran dalam FSC.
- Keseragaman (Uniformity) – NSN adalah seragam di dalam panjang (13 digit), komposisi, struktur dan penggunaannya.
- Keunikan (Uniqueness) – Semua pengguna mudah mengenali NSN.
-
-
Kod ini disediakan untuk memudahkan kita mengenali pengilang-pengilang yang terdapat di dalam rekod kota. Kod-kod ini juga akan dirujuk disilangkan kepada nama dan alamat pengilang tersebut. Beberapa perkara perlulah diambil kira di dalam proses pemberian Kod Pengilang kepada pengilang-pengilang tertentu iaitu:
- Pengilang tersebut membekal barang-barang keluarannya kepada pengguna (iaitu ATM). Tidak ada gunanya kita memberi Kod Pengilang kepada pengilang yang tidak membekal barang-barang keluarannya kepada pengguna.
- Kod Pengilang tidak akan diberi kepada penjaja agensi atau mana-mana badan yang menjadi orang tengah kecuali bagi badan-badan yang menjadi sumber untuk mendapatkan barang bekalan.
- Kod Pengilang diberi kepada badan-badan yang mengawal ciri-ciri reka bentuk barang perbekalan. Kod ini juga diberi kepada pengilang yang menggunakan barang-barang atau komponen-komponen dari pengilang yang lain bagi mengeluarkan barang-barang yang lebih kompleks.
Berikut adalah sebahagian daripada senarai Kod-kod Pengilang untuk Negara-negara NATO dan pengguna NCS:
a Argentina - W b Australia - Z c Belgium - B d Kanada - Angka e Denmark - R f Perancis - F dan M g Jerman - C dan D h Greece - G i Itali - A j Organisasi NATO - S k Belanda - H l New Zealand - E m Norway - N n Portugal - P o Singapura - Q p Afrika Selatan - V r Turki - T s United Kingdom - U & K t Amerika Syarikat - Angka u Malaysia - Y Negara-negara yang tidak menyertai NCS dengan sepenuhnya tidak berhak memberi Kod Pengilang kepada pengilang-pengilang di dalam negara mereka masing-masing. NSPA telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan Kod Pengilang kepada semua pengilang-pengilang yang di luar lingkungan negara NATO atau Negara yang tidak menyertai NCS. Kod Pengilang ini akan bermula dengan huruf ‘S’(S-CAGE).
-
JENIS KOD NCAGE
Jenis kod NCAGE digunakan untuk menentukan sifat global aktiviti syarikat atau organisasi. Data Jenis juga dikenali sebagai Jenis Kod Entiti Organisasi (TYPE O.E. CODE). Senarai lengkap Jenis NCAGE (TOEC) boleh didapati di ACodP-1.
Jenis Kod (Type Code) Penerangan / Explantion A US/Canada Manufacturers C Civilian/governmental (non Military) Standards Organisations D Non-US manufacturers which allocate source control reference (France Only) E Non-US manufacturers F Non manufacturers (distributors) G Service providers H Government departments or units (including military organisations) I AC/135 allocated special codes M Military Standards and Organisations Sekiranya agensi itu adalah pengeluar, pengedar dan atau pembekal perkhidmatan, kod jenis ditetapkan berdasarkan aktiviti utama agensi.
Aktiviti utama dalam Prinsip Pengenalan Kodifikasi NATO adalah memberi pengiktirafan tertinggi kepada aktiviti 'pembuatan' yang mana menguasai aktiviti pengedaran seterusnya menerajui aktiviti penyedia perkhidmatan. Contoh aktiviti seperti jadual di bawah
Aktiviti
ManufacturerNon-Manufacturer Service Provider NCAGE Type Code assigned yes yes - A or E yes - yes A or E yes yes yes A or E - yes yes F -
STATUS PENGIKTIRAFAN CODE NCAGE
Kod status dibawah menjelaskan status aktiviti syarikat / agensi. Senarai lengkap kod perancang Status NCAGE (NCAGESD) boleh didapati di ACodP-1.
Status Code Status Explanation A Active The company/agency is active F Temporary status Unknown address, court-supervised recovery scheme H Dormant The company/agency discontinued its activities (pending legal liquidation) N Cancelled without replacement The company/agency doesn’t exist anymore and its activities has not been taken over R Cancelled with replacement The company/agency doesn’t exist anymore and and its replaced by one or several companies which have taken over the production of the items. Y Not be considered for contrating Active company but which doesn’t want to be consulted or sells its products through distributors network. -
REPOSITORI NCAGE
Setiap NCB bertanggungjawab untuk membangun, menerbitkan dan menyelenggarakan pangkalan data NCAGE nasional yang juga dikenali sebagai H4. Pangkalan data termasuk nama, alamat, nombor telefon dan data penting lain (e-mel, laman web) pada syarikat dan organisasi yang telah diberikan NCAGE.
Menurut jadual yang dirujuk, NCB menghantar data NCAGE untuk disertakan dalam NMCRL ke NSPA dan NSPA pada gilirannya menyebarkan fail yang mengandungi data yang disatukan dari semua H4 nasional kepada NCBs.
Contoh maklumat seperti di bawah:
-
PEMBERIAN KOD NCAGE
Permintaan untuk membuat kod NCAGE dilakukan dengan menggunakan borang NCAGE dalam talian di Pengkodifikasi NATO Tools portal pada URL berikut:
https://eportal.nspa.nato.int/AC135Public/scage/CageList.aspx
Borang yang diisi secara automatik dikemukakan melalui e-mel dalam format XML. Setiap NCB mempunyai piagam pelanggan sendiri dalam melaksanakan permohonan kod NCAGE. Permintaan untuk penciptaan dan kajian semula S-CAGE (bagi entiti yang terletak di negara yang tidak ditaja atau di negara Tier1 AC / 135 yang ditaja) dan I-CAGE (organisasi luarnegara) dibuat secara langsung dari website AC / 135.
Di dalam ATM, untuk mendapatkan Kod Pengilang, pemohon hendaklah memohon melalui Sel IEC (Item Entry Control) di Bahagian Teknikal dengan menggunakan borang MF 7 (MAFCA Form 7).
Sekiranya berlaku pertukaran alamat kepada satu pengilang, Kod Pengilangnya masih tidak berubah dan hanya alamatnya sahaja yang perlu dipinda di dalam rekod. Begitu juga, sekiranya satu pengilang itu tidak berfungsi atau tidak aktif lagi, Kod Pengilang tidak akan ditarik balik kerana penggunaan barang-barang yang telah dikeluarkan oleh pengilang berkenaan masih lagi diguna dan berfungsi dengan aktif.
-
-
NATO DATA EXCHANGE / PERTUKARAN DATA NATO (NADEX)
NSPA telah dilantik oleh kumpulan AC/135 sebagai satu pusat laluan untuk pelbagai transaksi data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan melalui penggunaan sistem NMBS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai NADEX (NATO Data Exchange) yang mula berfungsi pada tahun 1990 secara langsung antara negara-negara pengguna melalui NCB.
Satu pusat laluan telah diwujudkan iaitu NATO Mailbox System (NMBS) bagi proses transaksi pelbagai data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan. Sistem ini juga dikenali sebagai NATO Data Exchange (NADEX) yang berfungsi secara langsung antara negara-negara pengguna melalui Biro Kodifikasi Nasional (BKN). Melalui pusat perhubungan ini, ATM dapat berkongsi untuk pertukaran data dengan lebih optima dan pada masa yang sama dapat mengurangkan manipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan.
Secara ringkasnya, NMBS dapat menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
- Pusat perhubungan (point of contact) untuk pertukaran data. Ini dapat mengurangkan manipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan untuk pelbagai hubungan dua hala dan perjanjian di antara negara-negara pengguna.
- Keanjalan (Flexible) dan infrastruktur NSPA yang sedia ada adalah merangkumi perisian (software) dan perkakasan (hardware) serta peningkatan teknologi masa depan membolehkan NSPA dapat mendukung penggunaan pelbagai sistem dan ‘platform’. Tambahan lagi, pengalaman besar NSPA, kepakarannya dalam pemasangan dan pengoperasian teknologi baru, memberi manfaat langsung kepada semua pelanggan untuk pengoperasian di masa hadapan.
- Pemusatan perisian dan perkakasan dengan pelbagai aktiviti perhubungan yang pratakrif (predefined) membolehkan peningkatan dibuat ke atas beberapa fasilitas komunikasi pelanggan-pelanggan tanpa kekangan akibat daripada perisian dan perkakasan pelanggan.
- Pelbagai pertukaran protokol boleh dikendalikan oleh NMBS.
- Hubungan istimewa dengan rangkaian Department of Defense (DoD), Amerika Syarikat telah dapat mengurangkan kos dan mewujudkan data trafik yang mantap.
-
Sila klik untuk kaedah permohonan NCAGE dan NSN
-
-
URUSETIA MAJLIS ANGKATAN TENTERA (UMAT)
UMAT bertanggungjawab terhadap pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta semua perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Angkatan Tentera kecuali perkara-perkara berkaitan dengan kegunaan operasi.
FUNGSI
- Merancang dan menjadi urusetia Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT).
- Meneliti Kertas Kerja Ahli dan Kertas Kerja Lembaga yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat MAT dan seterusnya mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Menyediakan taklimat kepada Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat MAT.
- Menguruskan arkib dan rekod Mesyuarat MAT.
- Sebagai focal point dan pusat rujukan dalam memberikan khidmat bimbingan dan runding cara prosedur penyediaan kertas kerja Mesyuarat MAT.
-
MINDEF SABAH
Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sabah atau lebih dikenali dengan MinDef Sabah beroperasi di Blok C Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, Sabah dengan perjawatan seramai 22 orang dan diketuai oleh Pengarah berjawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred Gred 52.
FUNGSI
PERKHIDMATAN DAN PENTADBIRAN
- Menguruskan hal-hal pengurusan sumber manusia 790 kakitangan (pengisian sehingga 31 Disember 2018: 609 perjawatan)
- Menguruskan hal-hal kewangan
- Menguruskan hal-hal pentadbiran
- Penghubung bagi hal-hal berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan
- Menguruskan perolehan dan sebut harga
- Menyelaraskan pengurusan ICT
- Melaksanakan naziran pentadbiran/ perkhidmatan di PTA unit-unit ATM
- Mengurus tugas-tugas perhubungan awam
- Mengurus aset dan pelupusan
- Melaksanakan program inovasi jabatan
KEWANGAN
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
- Mengurus hal-hal kewangan dan akaun
- Menjadi Pusat Bayaran bagi PTJ-PTJ lain
- Mengurus pembayaran gaji, elaun dan tuntutan
- Mengeluarkan Waran Perjalanan Udara
- Memproses pengeluaran LPO
- Mengurus penerimaan hasil dan deposit
- Mengurus sewaan bangunan/Pejabat
- Mengurus penjualan dokumen tender
- Menyelaras teguran agensi pemeriksa
-
MINDEF SARAWAK
Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sarawak telah di tubuhkan pada 16 Jun 1964 dan dikenali sebagai Jabatan Khidmat Negara. Pada tahun 1967, nama tersebut telah diubah kepada Pejabat Penolong Setiausaha Pertahanan Sarawak. Mulai tahun 1982, pejabat ini telah diubah nama kepada Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha dan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pentadbiran).
Pada tahun 1988, Cawangan MinDef Sarawak diletakkan di bawah Setiausaha Bahagian, Bahagian Perjawatan setelah jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pentadbiran dimansuhkan. Mulai tahun 1997, MinDef Cawangan Sarawak bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) dan telah ditempatkan semula di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 1998. Mulai 2011, MinDef Sarawak bertanggungjawab terus di bawah sektor Ketua Setiausaha sehingga sekarang.
FUNGSI
- Melaksanakan tugas-tugas Pengurusan Sumber Manusia kakitangan awam yang ditempatkan di formasi-formasi ATM di seluruh Sarawak. Ia meliputi urusan perkhidmatan, emolumen, pencen serta kebajikan kakitangan awam MinDef di pasukan.
- Mewakili Kementerian dalam menguruskan beberapa bidang kritikal di Sarawak. Terdapat dua buah Unit yang bertanggungjawab di MinDef Cawangan Sarawak iaitu:
- Unit Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran
- Unit Pengurusan Sumber Manusia