PLKN 3.0
Latihan Percubaan
Pada 27 Jun 2024, mesyuarat telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu yang baik untuk semua yang berumur antara 17 hingga 35 tahun.
Konsep PLKN 3.0 ini dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP), dan dasar-dasar berkaitan yang disebut sebelum ini. Konsep ini dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara melibatkan empat (4) fasa.
Penglibatan PLKN
Peserta yang terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 adalah warganegara yang berusia antara 16 hingga 35 tahun mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi Fasa Percubaan (Januari 2025) dan Fasa Rintis (Julai dan Oktober 2025) akan melibatkan peserta warganegara yang berusia 18 dan 20 tahun sahaja.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diwujudkan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
Jurulatih yang terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan memperoleh pelbagai kebaikan, antaranya:
i. Peningkatan Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan.
ii. Pengalaman Kerja yang Berharga.
iii. Pembangunan Diri.
iv. Sumbangan kepada Pembangunan Negara.
v. Peluang Jaringan dan Pembinaan Rangkaian.
Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) di Malaysia bertujuan untuk melatih dan membentuk generasi muda menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab, serta berjiwa patriotik.
Berikut adalah beberapa faedah yang boleh diperoleh oleh pelatih yang menyertai program ini:
i. Pembentukan Jati Diri dan Sahsiah.
ii. Meningkatkan Semangat Patriotisme.
iii. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
iv. Pembangunan Kemahiran Insaniah.
v. Peluang Peningkatan Kerjaya.
vi. Jaringan Sosial dan Persahabatan.
vii. Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
Tarikh Kemasukan Pelatih
Tarikh kemasukan untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) biasanya akan dimaklumkan melalui surat rasmi atau pemberitahuan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui Portal Rasmi Kerajaan. Jika anda terpilih, biasanya surat pemberitahuan akan diterima sebelum tarikh
kemasukan. Jika anda telah mendaftar untuk PLKN, pastikan anda menyemak alamat surat dan email yang didaftarkan dengan teliti supaya tidak terlepas maklumat penting
Anda tidak dibenarkan untuk menukar tarikh pendaftaran PLKN. Walaubagaimanapun, jika anda perlu untuk menangguhkan pendaftaran anda selepas menerima Notis Pendaftaran dalam Portal JLKN, sila serahkan dokumen pembuktian dalam portal Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi memudahkan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) meluluskan alasan penangguhan anda.
Untuk maklumat yang lebih tepat dan terkini, anda disarankan untuk menghubungi pihak berkuasa PLKN melalui laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) atau pusat panggilan untuk mendapatkan arahan lanjut mengenai proses permohonan penangguhan atau penukaran tarikh pendaftaran.
Jika anda mempunyai hasrat untuk menunaikan umrah atau haji semasa tempoh PLKN, anda sebaiknya berbincang dengan pihak yang berkenaan seperti pihak pengurusan PLKN atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan mengetahui kemungkinan kebenaran diberikan.
Pihak berkuasa mungkin akan mempertimbangkan permohonan anda bergantung pada keadaan dan situasi tertentu, seperti waktu yang tepat dan keperluan penggantian bagi latihan yang terlepas. Pastikan untuk membuat permohonan dengan lebih awal dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Ya, anda boleh menangguhkan pendaftaran PLKN jika anda melanjutkan pengajian. Biasanya, penangguhan ini diberikan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah atau yang lebih tinggi. Anda perlu mengemukakan permohonan penangguhan kepada pihak berkuasa PLKN, yang biasanya dilakukan melalui pihak universiti atau institusi pengajian tinggi tempat anda belajar.
Beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian:
i. Permohonan Rasmi: Anda perlu membuat permohonan rasmi untuk menangguhkan penyertaan PLKN. Permohonan ini biasanya perlu
disertakan dengan bukti pendaftaran pengajian atau surat pengesahan dari universiti atau institusi pendidikan anda.
ii. Tempoh Penangguhan: Penangguhan ini selalunya diberikan mengikut tempoh pengajian anda. Walaubagaimanapun, jika anda berhenti atau tamat pengajian lebih awal daripada yang dijadualkan, anda mungkin akan dipanggil untuk menyertai PLKN pada masa itu.
iii. Tarikh Pendaftaran Semula: Anda perlu mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak PLKN, dan biasanya mereka akan memaklumkan anda mengenai tarikh pendaftaran semula selepas anda tamat pengajian.
Pengecualian
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 memberi pengecualian kepada individu-individu tertentu daripada menjalani latihan. Berikut adalah beberapa kategori yang mungkin mendapat pengecualian daripada menyertai program ini:
i. Tekanan Mental.
ii. Kecacatan Fizikal.
iii. Hukuman Pemenjaraan.
iv. Penahanan Undang-Undang.
v. Rawatan Pemulihan Dadah.
vi. Penyakit Maut.
vii. Terlibat dalam Program PDRM, BOMBA, Penjara, KEMENTAH.
viii. Penyertaan Pra-PLKN, PALAPES.
ix. Politeknik, Wataniah & Universiti.
x. Calon Pelatih yang ada anak.
Sebanyak tiga belas (13) buah Kem Askar Wataniah, dua puluh (20) buah Universiti Awam (UA), tiga puluh tiga (33) buah Politeknik, dua puluh tujuh (27) Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang akan dijadikan tempat latihan asas PLKN.
Calon Pelatih Sukarela Latihan Percubaan
Tarikh yang ditetapkan untuk pelatih sukarela melapor diri dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) adalah pada 12 Januari 2025.
Tarikh tamat bagi Fasa Percubaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) adalah pada 25 Februari 2025.
Tempoh masa bagi Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selama 45 hari.
Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit, Jalan Buku Lima, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia
Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) ini akan melibatkan 200 orang pelatih.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN), pihak yang perlu dihubungi adalah di talian 03-40127306, 03-40126151 dan 03-40126538 pada waktu bekerja.
Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia – Hanya rakyat Malaysia yang layak menyertai program ini.
ii. Umur – Calon mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi).
iii. Kesihatan Fizikal dan Mental – Calon haruslah berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental.
iv. Belum Pernah Menyertai PLKN – Calon yang belum pernah menyertai PLKN sebelum ini
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui dua saluran utama. Pertama, mereka akan menerima makluman melalui email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan. Selain itu, peserta juga akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan mereka.
Jika tidak dipanggil, ini tidak bermakna calon gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Calon masih berpeluang untuk dipanggil pada siri PLKN yang akan datang, selagi usia mereka belum mencapai 35 tahun.
Untuk mendapatkan syarat penyertaan bagi mereka cipta Logo PLKN 3.0, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).
Logo penyertaan PLKN 3.0 ini perlu dihantar kepada pihak sektretariat PLKN 3.0 dengan mengisi maklumat penyertaan di ruangan yang disediakan pada QR code poster pertandingan mereka cipta logo PLKN 3.0.
Kaedah pemilihan pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti reka bentuk logo yang dipamerkan berpandukan keperluan asas yang telah dinyatakan di dalam syarat penyertaan Pemenang pertandingan akan diumumkan melalui laman web rasmi Kementerian Pertahanan serta melalui email rasmi yang dihantar kepada peserta.