LIMA 2025:
Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan
Edisi ke-17 LIMA akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi. LIMA 2025 akan menonjolkan tujuh segmen utama: Aeroangkasa, Maritim, Pertahanan, Komersial, Inovasi, Kelestarian Alam, dan Pendidikan.”
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) adalah sebuah acara unik yang menggabungkan elemen aeroangkasa dan maritim, keselamatan pertahanan, serta kepentingan sivil dan komersial. LIMA ini diadakan setiap dua tahun sekali bertempat di Pulau Langkawi, Malaysia.
Sebagai platform utama dalam mempamerkan teknologi terkemuka dan ciptaan perintis, LIMA terus mencetuskan idea baharu melalui perbincangan strategik dan mempelopori kerjasama inovatif.
Dengan tema “Inovasi Hari Ini, Kemajuan Masa Hadapan,” LIMA 2025 merangkumi aspirasi untuk mencetuskan inovasi dan membawa perubahan yang relevan ke arah masa depan yang lebih progresif.
LIMA 2025 bakal menjadi medan penting untuk:
Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3
Objektif 4
Menghubungkan pemain industri secara bersemuka dalam suasana yang penuh inspirasi,
Mencipta nilai tambah kepada perniagaan, serta
Menjadi pusat perintis inovasi, memberi inspirasi kepada pelopor hari ini dan pemimpin masa depan.
Penganjur Bersama
Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd adalah Penganjur Bersama Rasmi bagi LIMA 2025. Sebagai peneraju dalam industri pameran dan persidangan, syarikat ini komited dalam merancang acara berprestij yang:
Memupuk hubungan bermakna
Meningkatkan pertumbuhan industri, serta
Memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan