Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

5 FOKUS UTAMA KEMENTERIAN PERTAHANAN DALAM PERUTUSAN TAHUN BAHARU MENTERI PERTAHANAN 2024

infoKUALA LUMPUR, 9 Januari 2024 - Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan 2024 fokus utama dalam mencapai Visi Malaysia sebagai sebuah Negara Yang Selamat, Berdaulat dan Makmur yang telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, YB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Dalam amanatnya, YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan lima (5) perkara utama yang bakal menjadi fokus pada tahun 2024. Fokus pertama adalah memastikan sistem pertahanan negara bukan sahaja sentiasa dalam keadaan bersedia, tetapi dihormati kawan dan lawan yang memperlihatkan tiga strategi utama iaitu kelengkapan aset ketenteraan, pengukuhan keupayaan dari segi ilmu kepakaran dan pembangunan ekosistem sokongan pertahanan negara.

Fokus kedua adalah membangunkan dan mengemas kini perancangan pertahanan yang lebih terkini selain kebajikan dan pembangunan kapasiti merupakan fokus ketiga. Manakala fokus keempat memperlihatkan patriotisme sebagai benteng pertahanan terbaik negara dengan memberi pendekatan menerapkan semangat patriotism dalam kalangan anak muda. Terakhir, Malaysia dan keamanan sejagat turut menjadi keutamaan kementerian pada tahun ini.

Turut diadakan pelancaran Imej Korporat baharu bagi Kementerian Pertahanan yang mencerminkan MINDEF ke arah Pemodenan. Reka bentuk logo ini melambangkan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai sepunya seperti Integriti, Cekap dan Profesional dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

YB Menteri Pertahanan seterusnya menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Institut Integriti Malaysia. Objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam program-program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat di Malaysia. Seterusnya sebagai usaha sama dalam penglibatan sektor awam dan sektor korporat bagi menjadi ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Majlis Amanat Tahun Baru Menteri Pertahanan kali ini turut disiarkan melalui platform Zoom akaun ke seluruh Formasi Tentera Darat, Markas Tentera Laut, serta Markas Tentera Udara.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Awam dan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my