SARAWAK, 30 April 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan meneruskan lawatan terakhirnya di jelajah Peduli Veteran Madani (PVM) di Sarawak.
YB Adly Zahari telah menyantuni veteran ATM serta memberikan sumbangan bakul makanan dan bantuan kewangan kepada Atan anak Beji, Beni anak Laba, Sabayan bin Koh, Osthman bin Edi, Jusmi bin Bohari, Rosli bin Yussof, Othman bin Joni, Mohd Juhan Abdullah, Frederick Guan serta James Tomlow anak Isar @ Tomlous anak Isah.
Usaha ini diharap dapat membantu meringankan sedikit beban yang Veteran ATM hadapi.