BRUNEI, 8 Julai 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah tiba di Brunei Darussalam bagi lawatan kerja rasmi selama dua hari.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Brunei; Yang Mulia Brigedier Jeneral (U)Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei; dan Yang Mulia Dayang Marina binti Abdullah Sitau Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Brunei.
Lawatan kerja ini merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Disember tahun lalu.
Â