NILAI, 7 Mac 2024 – YB Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd di Nilai, Negeri Sembilan.
Semasa lawatan ini, beliau telah diberi taklimat mengenai pengurusan dan pengoperasian syarikat dan seterusnya dibawa untuk melihat dengan lebih dekat fasiliti dan pengoperasian syarikat. Dalam pada masa yang sama, beliau berkesempatan merasmikan Zetro Centre of Excellent (ZCoE).
YB Menteri Pertahanan turut menzahirkan pemahaman beliau tentang peranan kerajaan dalam menentukan hala tuju industri pertahanan negara, ini termasuk soal kesejahteraan anggota dan peluang pekerjaan kepada golongan Veteran.
Dengan usaha yang berterusan, dapat dapat memangkin pembangunan industri tempatan demi mencapai hasrat ‘self-reliance’ pertahanan negara pada masa hadapan.