KELANTAN, 11 Januari 2024 - YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan hari ini telah mengadakan lawatan pasca banjir ke Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan sumbangan kotak makanan kepada 49 anggota yang terjejas akibat bencana banjir.
Beliau menzahirkan penghargaan kepada Panglima 8 Briged serta warganya di atas komitmen, dedikasi serta kesiagaan dalam melaksanakan tugas sekunder membantu pihak berkuasa awam menangani situasi bencana banjir di Negeri Kelantan dan Terengganu.