JOHOR, 25 Mei 2024 - YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Tema sambutan kali ini adalah “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”. Ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan serta menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan masyarakat terhadap kepelbagaian adat dan budaya di Malaysia.
YB Menteri Pertahanan turut meninjau reruai MINDEF serta pameran senjata dan aset ATM yang turut dipamerkan.