Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PENUTUP PAMERAN DSA 2024 DIRANGKUM DENGAN KEJAYAAN

info

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2024 – Pameran DSA 2024 telah melabuhkan tirai pada hari ini. Penganjuran ini sekali gus telah membuktikan kejayaan Kementerian Pertahanan Malaysia dalam mengepalai industri pertahanan negara yang semakin berkembang sebagai tunjang utama pembangunan negara.

Pameran DSA kali ini telah memecah rekod dengan penyertaan sebanyak 1,324 buah syarikat dari 60 buah negara. Kementerian Pertahanan juga turut menandatangani 40 dokumen bernilai RM7.3 bilion semasa pameran berlangsung.

Majlis Penutup Pameran DSA & NATSEC Asia 2024 ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution. Turut diumumkan penganjuran Pameran DSA & NATSEC Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2026 bagi edisi DSA ke-19 dan edisi NATSEC Asia ke-4.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my