KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pavilion MINDEF yang telah dibangunkan oleh Bahagian Industri Pertahanan (BIP) Kementerian Pertahanan.Â
Pavilion ini akan menjadi one stop centre dalam mempamerkan fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan serta Agensi di bawah MINDEF kepada pengunjung pameran yang berkunjung. Selain itu,pavilion ini menjadi platform dalam mempromosikan MIDES serta perkhidmatan/inisiatif yang ditawarkan di bawah Kementerian Pertahanan.
Turut hadir, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan Pengurusan Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.