SABAH, 16 Jun 2024 - Dalam memastikan agenda kebajikan veteran dan tanggungannya sentiasa diutamakan, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melaksanakan Program Peduli Veteran Madani (PVM) di lokaliti sekitar Sandakan, Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.
YB Adly Zahari telah menyantuni 9 orang Veteran ATM termasuk balu dan waris sebagai inisiatif untuk menyampaikan maklumat serta menyumbang Bakul Makanan dan keperluan peralatan kesihatan kepada Veteran yang diziarahi.
Selain daripada itu, lawatan keusahawanan turut diadakan kepada 5 orang usahawan Veteran ATM untuk terus menzahirkan sokongan kepada usahawan selain menawarkan insentif serta mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Inisiatif Peduli Veteran Madani (PVM) ini merupakan usaha Kementerian Pertahanan memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM seperti yang telah digariskan di bawah Teras 7 Pelan Strategik MINDEF iaitu Penambahbaikan Pengurusan Kemudahan Bantuan Kebajikan.