Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN VETERAN ATM (PUVET ATM) PERINGKAT NEGERI JOHOR

info

JOHOR, 22 Jun 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) peringkat negeri Johor. 

YB Adly turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM100,000.00 kepada 20 Usahawan Veteran ATM di Negeri Johor.

PUVET ATM berperanan sebagai pemudahcara dan penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.

Menerusi itu, veteran akan menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my