Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SEMINAR KESELAMATAN ANTARABANGSA

info

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucaptama di Security International Seminar yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur bersempena DSA & NATSEC Asia 2024.

Seminar tersebut melibatkan jemputan pertahanan dari wakil-wakil kedutaan, Panglima-panglima Perkhidmatan ATM, Panglima Angkatan Tentera Negara Brunei, Defence Attache serta penuntut Maktab Ketahanan Nasional, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera serta penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera. Seminar ini turut menyentuh strategi Malaysia untuk memperkukuhkan infrastruktur keselamatan negara dan kerjasama antarabangsa.

Seminar strategik ini menampilkan topik “Enhancing National Security through Good Governance and Credible Partnership: Opportunities and Challenges.” Ini merupakan kerjasama antara Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024.

Antara perbincangan yang diketengahkan semasa program berlangsung adalah kaedah menangani dinamik landskap keselamatan negara dan global serta memberi penekanan terhadap peranan penting tadbir urus yang baik serta perkongsian antarabangsa dalam memperkukuhkan daya tahan dan kestabilan negara. Seminar ini juga merintis usaha semua peringkat kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam seperti banjir yang lazimnya berlaku di Malaysia.

Seminar ini turut menitikberatkan hubungan kritikal antara tadbir urus, keselamatan dan perkongsian, serta menjelaskan bagaimana elemen ini secara kolektif menyumbang kepada persekitaran global yang lebih selamat dan stabil.

Pembentang utama seminar ini adalah Yang Berhormat Lord Timothy Minto, Menteri Pertahanan United Kingdom di samping pembentangan dari Malaysia iaitu Profesor Ruhanas Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Profesor Dr Hideshi Tokuchi, Presiden Research Institute for Peace and Security (RIPS), Jepun. Moderator bagi seminar ini ialah Profesor Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS), UPNM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my