KUALA LUMPUR, 27 Febuari 2024 – Taklimat Accountability Index Monitoring System (AIMS) kepada Pusat Tanggungjawab Kementerian Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak di Dewan Perkasa, Wisma Pewira ATM hari ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada lapan (8) Pusat Tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan yang telah berjaya mendapat markah penuh iaitu seratus peratus dalam menjalankan tadbir urus dengan teratur, telus, cekap dan berkesan.