Content
Pelan Strategik MINDEF (PSM)
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content
Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025
Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 merupakan dokumen rencana tindakan yang menggariskan strategi dan strategi inisiatif yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bagi mencapai output dan keberhasilan yang ditetapkan.
Seiring dengan tema Kertas Putih Pertahanan (KPP), PSM 2021–2025 menyokong visi KPP iaitu ‘Malaysia Yang Selamat, Berdaulat Dan Makmur’. Sebagai tunjang kepada pertahanan negara, Kementerian Pertahanan perlu melaksanakan strategi yang dirancang dengan berkesan agar matlamat yang digariskan dapat direalisasikan.
Gabungan Awam & ATM
PSM 2021-2025 adalah usaha penambahbaikan dari pelan-pelan strategik sebelum ini yang hanya berfokus kepada awam atau civilian-oriented kepada gabungan kedua-dua cabang Awam dan ATM.
Komprehensif
PSM 2021-2025 merupakan pelan yang lebih komprehensif merangkumi perkara berkaitan langkah sokongan, operasi serta latihan dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara.
Mendukung Objektif KPP
Pada dasarnya, PSM 2021-2025 sebagai pelan jangka panjang bertujuan mendukung pelaksanaan objektif kerangka pertahanan negara dalam KPP berdasarkan tujuh teras utama.