KUALA LUMPUR, 12 Januari 2025 - PLKN 3.0 Siri 1/2025 telah menerima penyertaan seramai 120 orang pelatih secara sukarela yang terdiri daripada 80 pelatih lelaki dan 40 pelatih wanita berumur di antara 18 hingga 25 tahun.Â
Bagi siri pertama, pusat latihan telah diadakan di  Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur selama 45 hari bermula hari ini. Sepanjang fasa ini, pelatih akan diberikan pendedahan terhadap latihan fizikal, mental dan sivik. Modul-modul latihan mengintegrasikan 70% Latihan Asas Ketenteraan dan 30% Komponen Kenegaraan.Â
PLKN 3.0 Tahun 2025 akan dimulakan dengan 3 siri di 2 kem yang berbeza. Bagi Siri 2/2025 akan dilaksanakan pada 11 Mei hingga 24 Jun 2025 manakala PLKN 3.0 Siri 3/2025 akan dilaksanakan pada 7 September hingga 21 Oktober 2025 iaitu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah.