KEDAH, 2 Julai 24 - YBhg. Datuk Seri  Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mempengerusikan 21st Malaysia-Brunei Darussalam Joint Defence Working Committee Meeting bersama Yang Mulia Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam bertempat di Langkawi.
Mesyuarat tahunan ini membincangkan usaha-usaha dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Brunei dari aspek logistik, Â perisikan, latihan dan juga eksesais.