Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

56TH MALAYSIA-THAILAND GENERAL BORDER COMMITTEE (GBC) MEETING

mindef

THAILAND, 29 Januari 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Khaled Nordin telah mempengerusikan 56th Malaysia-Thailand General Border Committee (GBC) Meeting bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, TYT Phumtham Wechayachai di Bangkok.

Dalam mesyuarat ini, YB Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand atas kesudian menjadi tuan rumah serta menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan pertahanan dan keselamatan dengan Thailand. Kali terakhir mesyuarat GBC diadakan adalah pada tahun 2022 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini menjadi platform utama bagi kedua-dua negara untuk menilai kemajuan kerjasama keselamatan di kawasan sempadan serta mengukuhkan hubungan dua hala. Malaysia dan Thailand turut bersetuju untuk meneroka peluang baharu, termasuk memperkasa penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sempadan.

Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan perkembangan inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini dan komited untuk terus mempertingkat kawalan keselamatan bagi membanteras jenayah rentas sempadan serta memastikan kestabilan serantau.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berhasrat untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan negara anggota, termasuk Thailand. Pendekatan ini akan mempertingkat keupayaan ASEAN dalam menangani cabaran serantau secara kolektif dan berkesan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my