KUALA LUMPUR, 3 Januari 2025 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, hari ini mengadakan perjumpaan khas bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Salah satu intipati amanat  tersebut, beliau  meminta untuk memberikan lebih ruang kepada pegawai muda untuk mendapatkan pendedahan dalam semua peringkat.Â
Beliau turut menegaskan bahawa setiap penjawat awam mempunyai khidmat dan jasa masing-masing dalam membawa perubahan kepada negara, dan menyeru agar semua dapat memperbaiki prestasi diri serta kecekapan bertugas demi kesejahteraan rakyat.
Majlis ini turut disaksikan secara maya oleh kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM bersama warga awam dan ATM yang berhimpun di Auditorium Wisma Pertahanan bagi menunjukkan komitmen bersama dalam mendukung aspirasi kerajaan.
Program ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam melibatkan setiap lapisan penjawat awam untuk mencapai matlamat pembangunan negara secara holistik dan inklusif.