KUALA LUMPUR, 5 November 2024 - Seramai 113 orang daripada 295 pelajar telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2024 meliputi Zon Tengah yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin di Wisma Pertahanan.Â
Penganugerahan ini merupakan apresiasi buat anak-anak ATM yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 selain memberi galakan untuk mereka terus mengorak langkah dalam akademik.Â
Selaras dengan Teras Ketiga Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 (Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan) dalam aspek memperkasakan pendidikan. Komitmen dan iltizam berterusan Kementerian Pertahanan bersama Yayasan LTAT dalam meningkatkan kesejahteraan pendidikan anak-anak warga ATM terus terjaga menerusi penyediaan asas pendidikan yang kukuh untuk masa hadapan mereka.Â
Bermula tahun 1991, inisiatif ini dikelolakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jabatan Arah Pendidikan (JAP) ATM dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Kemudiannya pelbagai inisiatif baharu dijalankan meliputi Program Sentuhan Elit SPM, Jejak Bakat Anak Tentera dan LAKSAMANA yang menyumbang kepada kejayaan anak-anak ATM.Â
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly bin Zahari, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Perkhidmatan, serta Pengurusan Tertinggi LTAT dan Yayasan LTAT.
Â