LAOS, 27 September 2024 - YBrs. Encik Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting, ADSOM) dan ADSOM-Plus mulai 24 hingga 27 September 2024 di Vientiane, Lao PDR. Kedua-dua mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Somphone Mittaphone, Ketua ADSOM bagi Negara Lao PDR.Â
Mesyuarat ADSOM dan ADSOM-Plus merupakan mesyuarat berkala di peringkat Pegawai Kanan Negara Anggota ASEAN yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pertahanan dan keselamatan di bawah platform ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).
Kedua-dua mesyuarat tersebut telah membincang dan menyelaraskan perkara-perkara substantif yang akan dimuktamadkan di peringkat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Negara Plus semasa mesyuarat ADMM ke-18 dan ADMM-Plus ke-11 yang dijadualkan pada bulan November 2024.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Delegasi dari negara Lao PDR, Brunei Darussalam, Australia dan China bagi membincangkan kerjasama pertahanan dua hala serta isu-isu strategik yang melibatkan kepentingan bersama.
Â