Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

EKSESAIS PANAH JAGUH SIRI 2/2024

info

JOHOR, 24 Oktober 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin  hadir bagi menyaksikan Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2024 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, Kota Tinggi. 

Beliau telah menyaksikan segmen simulasi serangan udara melibatkan aset-aset taktikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus selesai diberikan taklimat pelaksanaan Eksesais oleh Panglima GAPU, Brigedier Jeneral Azhar bin Mustapha.

Eksesais ini merupakan latihan tembakan melibatkan pasukan-pasukan di bawah pemerintahan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU), Tentera Darat Malaysia (TDM) yang telah berlangsung sejak 20 Oktober 2024 lalu melibatkan 82 orang pegawai dan 780 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). 

Selain tu, latihan tembakan Army Training and Evaluation Program (ARTEP) 31 RAD dan tembakan tahunan sistem persenjataan Artileri Pertahanan Udara (Arti PU) dilaksanakan bagi menguji dan meningkatkan kemahiran anggota, serta memastikan kesiapsiagaan operasi sistem persenjataan dalam pelbagai senario pertempuran.

Antara aset yang terlibat adalah Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak serta lain-lain aset seperti Gempita Varian 30 MM, ACV 300 Adnan 25 MM, G-Wagon Heavy Machine Gun (HMG) 12.7 MM, GK MK 1 Gatling Gun 7.62 MM, General Purpose Machine Gun (GPMG) 7.62 MM serta Sniper Barret 12.7 MM, KD Perkasa, Fast Combat Boat (FCB) 1101 dan Sukhoi SU-30MKM.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad serta pegawai kanan MINDEF dan ATM.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my