SELANGOR, 29 Oktober 2024 - Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Pasukan Khas TUDM (PASKAU) telah menganjurkan Hari Bersama Media yang berlangsung selama 2 hari bermula 28 hingga 29 Oktober di Pangkalan Udara, Jugra, Banting.Â
Program ini dilaksanakan sebagai satu apresiasi kepada pengamal media yang telah memberi sokongan terhadap MINDEF dan ATM dalam memberi liputan yang berterusan.
Program ini sekaligus memberi peluang kepada pengamal media untuk merasai pengalaman menjadi anggota tentera selama 24 jam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Merentas Halangan, Latihan Menara Abseiling  serta disajikan dengan demonstrasi memukau High Angle Rescue dan Maritime Rescue.Â
Program ini turut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan; YB Khaled Nordin dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha; YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta Pegawai Kanan TUDM.
Â