Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

INDIA-MALAYSIA MINI DEFENCE EXPO CUM DEFENCE INDUSTRY SYMPOSIUM

info

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2024 - Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Industri Pertahanan telah menganjurkan Program India-Malaysia Mini Defence Expo Cum Defence Industry Symposium pada 22 Februari 2024.

Symposium ini telah disertai oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua negara termasuklah pemain-pemain industri pertahanan dimana sebanyak 19 syarikat tempatan dan 16 syarikat daripada India telah menyertai program ini. 

Program ini menggalakkan potensi kerjasama di antara pemain industri pertahanan India dan Malaysia. Selain itu, perkongsian kepakaran, pengetahuan dan pengalaman daripada syarikat tempatan Malaysia dan syarikat India telah membuka peluang kerjasama dalam pembangunan industri pertahanan. 

Ianya  juga merupakan platform dalam jaringan strategik serta hubungan dua hala industri pertahanan di antara pemacu utama dan profesional industri pertahanan Malaysia dan India. 

Program turut  dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan  dan juga Encik BN Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my