KUALA LUMPUR, 25 Jun 2024 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan ucapatama beliau bersempena INTAN Minister’s Conversation 2024: Malaysia yang selamat: Berdaulat dan Makmur di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Dalam ucapatama ini, YB Menteri Pertahanan menekankan tentang cabaran di dalam konteks pertahanan dan kedaulatan negara yang perlu hadapi. Ia termasuk pelindungan keselamatan siber dan keutuhan data digital yang kini semakin mencabar.