Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

ISTIADAT PEMASYHURAN CANSELOR DAN KONVOKESYEN KE-14 UPNM

info

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2024 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Khaled Nordin hadir bagi menyaksikan Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-14 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 

Istiadat ini menyaksikan pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Canselor UPNM yang baru.

Seramai 1266 orang pelajar bergraduat di mana 19 orang graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 65 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana, 889 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan 293 orang graduan dianugerahkan Diploma dalam pelbagai bidang.

Hadir sama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my