Kuala Lumpur, 25 November 2024 – Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin  telah menyempurnakan sesi kedua Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.
Istiadat pada kali ini menganugerahkan tiga kategori Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera kepada 252 penerima meliputi pecahan iaitu Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 22 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 114 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada 116 penerima.Â
Penganugerahan ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 dan bertujuan menghargai Pegawai dan Lain-Lain Pangkat ATM yang berkelayakan di atas semua jasa dan pengorbanan tidak berbelah bahagi yang telah dizahirkan kepada perkhidmatan ATM.
Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim telah berkenan menyempurnakan sesi pertama pengurniaan DKAT kepada 100 penerima bertempat di Istana Negara. Seusai kedua-dua sesi pengurniaan ini telah menghimpunkan jumlah keseluruhan seramai 352 penerima DKAT bagi tahun 2024.