SARAWAK, 27 Julai 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari meneruskan siri jelajah Program Peduli Veteran MADANI (PVM) dengan mengadakan lawatan ke rumah Veteran yang uzur dan Veteran yang sedang mengusahakan perniagaan di daerah Sibu.
Program PVM berfungsi sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM merangkumi 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.