Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

JELAJAH PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI (PVM) KE WILAYAH SARAWAK OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

info

SARAWAK, 26 Julai 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari memulakan siri kedua jelajah Program Peduli Veteran Madani (PVM) ke Wilayah Sarawak bermula 26 hingga 28 Julai ini di Daerah Sibu.
 
Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni seramai 20 orang veteran ATM yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian khususnya dalam aspek kesihatan dan penjagaan. 
Selain daripada itu, beliau turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan asas serta mengagihkan sebanyak 550 Bakul Rahmah kepada persatuan- persatuan veteran setempat untuk diberikan kepada veteran asnaf.
 
Kementerian Pertahanan kepada veteran ATM untuk terus berusaha mempertingkatkan sosioekonomi mereka dengan pelbagai skim bantuan yang disediakan. Susulan daripada ini, YB Adly Zahari turut bertemu dengan 5 orang usahawan veteran ATM yang sedang menceburi bidang perusahaan madu kelulut, makanan sejuk beku dan restoran.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my