LANGKAWI, 21 Mei 2025 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat reruai yang terdapat di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Turut bersama mengiringi Tuanku Baginda adalah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari serta Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali.Â