KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 - TYT Yaşar Güler, Menteri Pertahanan Nasional Republik Turkiye selamat tiba di Pangkalan Udara Subang sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama 3 hari bermula hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF, YBhg. Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Zainal Abidin, Pengarah Pergigian BPK MK ATM, Brig Jen Yusri bin Jamari, Komandar Pangkalan Udara Subang serta TYT Emir Salim YÜKSEL, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia.