Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN PERTEMUAN DUA HALA BERSAMA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN (HAL EHWAL ANTARABANGSA) JEPUN

mindef

JEPUN, 10 Februari 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Koji Kano, Timbalan Menteri Pertahanan bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Jepun di Fukuoka.
 
Dalam pertemuan ini, YBhg. Datuk Lokman Hakim menzahirkan penghargaan kepada Jepun atas jalinan kerjasama pertahanan di peringkat dua hala khususnya dalam mempertingkatkan pembangunan kapasiti dan keupayaan melalui Official Security Assistance (OSA) oleh Kerajaan Jepun.
 
Beliau turut mengiktiraf peranan penting Jepun sebagai Pengerusi Bersama ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWGs) terutamanya bagi kitaran 2024-2027 dalam bidang keselamatan maritim bersama Filipina yang turut membantu dalam memperkukuh keselamatan serantau.
 
Pertemuan ini diadakan sempena penganjuran 14th Japan-ASEAN Defence Vice Ministerial Forum. Pertemuan ini turut menjadi platform strategik bagi kedua-dua negara untuk membincangkan usaha bersama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my