Putrajaya, 7 Julai 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan Titah Diraja, diikuti dengan penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan turut menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah dengan tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” bersama dengan wakil-wakil warga Kementerian Pertahanan.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali; Ketua Setiausaha Negara; Barisan Menteri Kabinet serta Ketua-Ketua Perkhidmatan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.