Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

"KICK OFF" KAJIAN SEPARUH PENGGAL KERTAS PUTIH PERTAHANAN

infoKUALA LUMPUR, 13 Februari 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin hari ini telah menyempurnakan Majlis “Kick Off” Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) di Wisma Perwira ATM.

Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) dilaksanakan berikutan perkembangan geopolitik yang telah banyak berubah sejak KPP diluluskan pada tahun 2019 yang memberi kesan kepada Malaysia khususnya dan dunia amnya. Perkara ini menjurus kepada penambahbaikan dari aspek dasar dan pelaksanaan dalam mendepani cabaran masa kini dan masa hadapan bagi memastikan Malaysia kekal selamat, berdaulat dan makmur.

KSP KPP ini akan menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat bagi mengumpulkan pandangan dan maklum balas kesemua pihak-pihak berkepentingan melalui pelbagai kaedah libat urus.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my