PUTRAJAYA, 6 Mei 2025 – YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha telah menerima Sijil Anugerah Khas Perakaunan Pengurusan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersempena Seminar Perakaunan Pengurusan 2025 sebentar tadi.
Kementerian Pertahanan merupakan antara lapan kementerian yang menerima Anugerah Khas Laporan Strategic Management Accounting Reporting (SMART). Selain itu, Kementerian Pertahanan turut dianugerahkan Sijil Pelaksanaan Perakaunan Pengurusan. Kedua-dua anugerah ini merupakan penanda aras kepada kecemerlangan dalam penyediaan maklumat bagi pengurusan kewangan yang memudahkan pengurusan atasan membuat keputusan.
Penganugerahan ini selari dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan tatakelola pengurusan kewangan yang cekap dan berintegriti yang bertindak sebagai satu mekanisma bagi membantu Kerajaan melaksanakan reformasi dalam pengurusan kewangan.Â