KUALA LUMPUR, 4 November 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim YÃœKSEL, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada hari ini.
Pertemuan ini merupakan pertemuan kali pertama YBhg. Datuk KSU dengan TYT Duta Besar Republik Turkiye  sejak dilantik sebagai KSU Kementerian Pertahanan pada 23 September 2024. Delegasi yang turut hadir bersama TYT Duta Besar Republik Turkiye terdiri daripada wakil syarikat industri pertahanan terkemuka dari Turkiye yang beroperasi di Malaysia iaitu Turkish Aerospace Malaysia, HAVELSAN dan ASELSAN.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak membincangkan kemajuan rundingan draf MoU on Defence Cooperation dan telah menyatakan komitmen untuk memuktamadkan MoU tersebut selewat-lewatnya pada hujung tahun 2024.
YBhg. Datuk KSU dan TYT Duta Besar Republik Turkiye juga telah membincangkan peluang kerjasama industri pertahanan susulan pemeteraian MoU on Government-to-Government Procurement for Defence Products pada Jun 2024 di Ankara. Di bawah MoU G2G, kerjasama industri pertahanan akan dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Bersama selain meningkatkan kolaborasi pemain-pemain industri pertahanan tempatan melalui Industrial Collaboration Programme (ICP).
Â