KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024- Ketua Setiausaha,  YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak telah menerima kunjungan hormat oleh TYT Prof Haluk Gorgun dari Turkiye di Wisma Pertahanan.
Ini merupakan kunjungan pertama TYT Prof Haluk Gorgun ke Malaysia dan melawat Kementerian Pertahanan. Melalui kunjungan ini, YBhg Datuk Seri berharap agar hubungan yang erat ini dapat diteruskan dan diperkukuh bagi membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara.