Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI PERTAHANAN DARIPADA GENERAL LIU ZHENLI

mindef

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 - YB Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia, hari ini menerima kunjungan hormat daripada General Liu Zhenli, Chief of Staff, Joint Staff Department, Central Military Commission, People’s Republic of China bertempat di Wisma Pertahanan.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik serta memperluas kerjasama pertahanan antara Malaysia dan China. Ia juga mencerminkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dalam usaha bersama untuk memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.

Semasa pertemuan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pelbagai isu strategik, termasuk keselamatan serantau, pertukaran maklumat ketenteraan, dan kerjasama dalam bidang latihan serta operasi bersama. Langkah-langkah ini diambil sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh kepercayaan bersama dan membina hubungan strategik yang lebih mendalam.

Lawatan rasmi ini memperlihatkan kesungguhan kedua-dua negara untuk terus menyokong keamanan serantau serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai aspek yang memberi manfaat bersama.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my