KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI PERTAHANAN DARIPADA PAT KE-22

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2025 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-22, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman bersempena persaraan beliau daripada perkhidmatan.
YBhg. Tan Sri telah dilantik sebagai PAT yang ke-22 berkuat kuasa pada 6 September 2023. Pada Mac tahun lalu, beliau telah disambung perkhidmatan selepas mencapai umur persaraan wajib.
Â
Beliau secara rasminya menyerahkan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaafar, PAT ke-23.
Â
Mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh warga Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menzahirkan penghargaan dan apresiasi atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang hampir 38 tahun berkhidmat untuk negara.