SARAWAK, 8 Ogos 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Wisma Bapa Sarawak.
Dalam pertemuan ini, YAB Premier telah dimaklumkan mengenai usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan, khsususnya dalam soal inisiatif Pemerkasaan Pertahanan Sarawak 2024-2030. Kementerian terus memberikan fokus terhadap usaha-usaha menangani cabaran pertahanan di Wilayah Timur Malaysia.
Melalui itu, Kerajaan telah meluluskan projek pembangunan strategik pertahanan yang turut melibatkan naik taraf aset ketenteraan di Sarawak. Kementerian Pertahanan bersama Kerajaan Negeri komited untuk mewujudkan satu “joint task force” bagi memudah cara pelaksanaan projek-projek ini.