KUALA LUMPUR, 11 Julai  2024 - YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Rashed Mohammed Rashed AlSaleh, Duta Besar Kuwait ke Malaysia di Pejabat Menteri Pertahanan.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri Pertahanan dan TYT Duta Besar Kuwait bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang Kerjasama Pertahanan dan supaya dipercepatkan proses bagi memuktamadkan draf MoU agar dapat dimeterai antara kedua-dua negara pada awal tahun 2025.
YB Menteri Pertahanan juga mengesahkan hasrat Malaysia bagi memperolehi F/A-18C/D Legacy Hornet milik Kuwait Air Force (KAF) dan hasrat ini disambut baik oleh TYT Duta Besar Kuwait.Â
Perolehan Legacy Hornet KAF ini dijangka akan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama pertahanan antara Malaysia dengan Kuwait selain bertukar-tukar maklumat berkaitan geopolitik dan keselamatan di rantau Asia Barat mengambil kira pendirian Kuwait yang tidak mengambil pihak mirip kepada pendirian Malaysia.
YB Menteri Pertahanan dan TYT Duta Besar Kuwait juga bersetuju supaya program pertukaran pegawai tentera diaktifkan semula melalui tawaran kursus dan latihan terutamanya di kalangan tentera udara kedua-dua negara.
Â