BRUNEI, 9 Julai 2024 – Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan kunjungan muhibah ke atas YB Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison
Ketibaan YB Menteri Pertahanan disambut dengan Tabik Hormat dan seterusnya Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Melalui kunjungan ini, Malaysia dan Brunei akan terus mengukuhkan hubungan pertahanan dan mempertingkatkan kerjasama melalui platform dua hala dan pelbagai hala.
Pada masa yang sama, YB Menteri Pertahanan berpeluang mengadakan lawatan ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Bolkiah Garison dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan.
Â