GENTING HIGHLANDS, 30 April 2025 – Sebagai sebahagian daripada pengisian Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting, para delegasi telah menyertai lawatan budaya yang diadakan di sekitar Genting Highlands, Pahang.
Lawatan ini bertujuan memupuk persefahaman budaya dan mempererat hubungan diplomatik dalam suasana santai dan mesra, sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan serantau dalam kalangan institusi pertahanan dan keselamatan ASEAN.
Pengalaman ini bukan sahaja memberi ruang untuk mengenali lebih dekat budaya tempatan, malah menyokong usaha memperluas kerjasama pertahanan melalui pendekatan hubungan antara rakyat (people-to-people ties) yang lebih erat.