PAHANG, 26 Jun 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah mengadakan lawatan industri ke DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) di Pekan, Pahang.Â
Dalam lawatan ini, beliau telah diberi taklimat tentang gambaran keseluruhan, keupayaan dan pelan hala tuju syarikat tersebut dan serta berkesempatan melawat fasiliti DEFTECH Pekan Plant.
Selain itu, syarikat ini turut diberi penekanan dalam soal pembangunan komponen tempatan serta Program Kolaborasi Industri (ICP) yang boleh memberikan manfaat kepada pembangunan teknologi dan industri pertahanan negara.