JOHOR, 25 Ogos 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kebajikan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Kem Mahkota dan Kem Batu 3 di Kluang hari ini.Â
Beliau telah menyantuni 10 buah keluarga yang ditimpa kesulitan terdiri daripada anggota dan waris. Turut mengiringi Menteri Pertahanan pada lawatan kali ini  ialah Jen. Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat.