MIRI, 18 April 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan Lawatan Kerja ke kawasan operasi sempadan Sarawak-Kalimantan merangkumi Pos Pa’Dalih, Pos Gabungan Malaysia-Indonesia Kem JPG Ba’Kelalan dan Pos Bario.
Lawatan ini memberi gambaran jelas kepada YB Timbalan Menteri tentang pelaksanaan Operasi JAGAKAWAN serta keadaan seharian anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di perbatasan. Beliau turut menyantuni warga TDM di pos-pos terbabit dan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama agensi keselamatan serta penduduk setempat di Bario.
Dalam masa yang sama, beliau menyantuni dua keluarga Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) di Daerah Baram termasuk menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM), bantuan makanan ikan kepada seorang usahawan veteran, serta sumbangan keperluan harian.