Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA KE PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR TENTERA DARAT (PMTTD) KUCHING OLEH MENTERI PERTAHANAN, YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

info

SARAWAK, 8 Ogos 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Kuching. YB Menteri Pertahanan bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menerima taklimat eksekutif berkaitan dengan kesiagaan pasukan termasuk tugas-tugas operasi dalam memastikan keselamatan dan pertahanan di seluruh negeri Sarawak terutamanya sempadan negara.

Seterusnya, YB Menteri Pertahanan membuat tinjauan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Penrissen bagi melihat perkembangan penyelenggaraan yang meliputi kerja pengubahsuaian dari rumah 2 unit kepada 1 unit, peningkatan mekanikal dan elektrik serta bumbung. Dalam pada itu, beliau turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Lans Koperal Lawrence anak Andeh yang mengalami masalah kesihatan iaitu saluran darah otak pecah setelah mengalami sawan dan tidak sedarkan diri semasa bertugas di dalam Operasi MERPATI pada tahun 2020 yang lalu.

YB Menteri Pertahanan kemudiannya menghadiri Majlis Ramah Mesra untuk menyampaikan sumbangan kebajikan sebanyak RM 300 kepada 45 orang anggota dan keluarga yang mempunyai penyakit kronik serta sumbangan pendidikan kepada 10 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) ATM yang melanjutkan pelajaran. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my